M3: James akui pemain ada yang gugup di atas pentas dan kurang pengalaman

Pemain sedikit gementar dan kurang pengalaman, itu kata jurulatih Team SMG, James mengenai perlawanan di kumpulan D hari ini.

Dalam peringkat kumpulan kejohanan dunia Mobile Legends, M3 itu, Team SMG tewas lawan RRQ Hoshi dan tuan rumah, RSG SG. Kedua-dua pasukan ini bermain dengan begitu baik sekali terutamanya Alberttt dari RRQ yang berjaya mendapatkan maniac dua kali.

“SaSa antara pemain yang paling berpengalaman. Dia menyertai MSC dan ini pertama kali bagi pemain-pemain Team SMG bermain di peringkat antarabangsa.

“Saya rasa kalau mereka tak gugup, mungkin boleh menang lagi banyak perlawanan dan dapat keputusan yang baik,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura hari ini.

James juga berkata mereka bakal berjumpa dengan Onic ID selepas ini, satu lagi pasukan yang kuat di lower bracket.

“Kami akan cuba yang terbaik lawan Onic ID dan lihat berapa jauh boleh pergi,” katanya.

Playoffs M3 akan mula pada 11 Disember hingga 19 Disember ini.

RELATED NEWS

+