M3: Kami tidak percaya dengan kemenangan ke atas ONIC ID – Keyd Stars

Selepas ditewaskan oleh pasukan Todak di dalam perlawanan pertama mereka, pasukan dari Brazil iaitu Keyd Stars berjaya menghadapi ONIC ID dengan jayanya di peringkat kumpulan Kejohanan Dunia MLBB, M3.

Berbekalkan Estes yang bermain sebagai roamer, Keyd Stars dalam kumpulan B berjaya menahan asakan dari ONIC ID yang bertalu-talu dari awal minit permainan.

Pertarungan di Lord menyebabkan pasukan ONIC ID kehilangan 3 orang ahli pemain mereka dan pasukan KeyD Stars terus melakukan pushing di bahagian tengah untuk menamatkan permainan.

“Kami semua tidak percaya dengan kemenangan ini, kami berjaya menewaskan juara MPL Indonesia musim kelapan dan juga juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

“Ini adalah evolusi buat pasukan Keyd Stars” kata Luiizz.

Walau bagaimanapun, Keyd Stars gagal ke pusingan upper braket atas selepas tewas di pasukan ONIC PH tidak beberapa lama kemudian.

Kemenangan mereka ke atas ONIC ID memberikan pasukan Todak untuk berjaya mara ke peringkat upper bracket kumpulan B.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+