M3: ONIC ID teruja nak jumpa Todak dan Vivo Keyd

Singapura: Pasukan ONIC Esports dari Indonesia teruja untuk melawan wakil Malaysia, Todak dan skuad dari Brazil iaitu Vivo Keyd di kumpulan B bagi kejohanan dunia Mobile Legends, M3.

Dalam satu sidang media dalam talian hari ini, Jurulatih Strategik ONIC ID, Ronaldo Aditya Lieberth mengatakan kedua-dua pasukan ini sememangnya konsisten.

“Bagi Vivo Keyd, mereka adalah naib juara MPL Brazil dan Liga LATAM jadi mereka konsisten dan kuat.

“Todak pula memang sentiasa konsisten sampai tiga kali masuk kejohanan dunia. Mereka juga suka tukar lineup dan stail serta beberapa kali membuat kejutan dari segi draft.

“Kami (ONIC) memang teruja nak lawan mereka nanti,” katanya kepada media.

Di kumpulan B, wakil Malaysia, Todak harus berentap lawan ONIC ID, ONIC PH dan Vivo Keyd.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket/

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+