M3: ONIC PH hantar tuan rumah ke lower bracket

Permainan pertama di hari kedua peringkat playoff Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pasukan tuan rumah akan bertemu dengan ONIC dari Filipina.

Perlawanan pertama dan kedua memihak kepada pasukan ONIC PH selepas RSG SG melepaskan Yi Sun Shin dan Uranus kepada pasukan ONIC.

Uranus mengawal peta dengan begitu baik sekali sementara memberikan ruang kepada YSS untuk farming dengan aman.

Selepas YSS mendapat core item yang diperlukan, RSG SG gagal untuk mengekang kemaraan dan asakan dari pasukan ONIC PH.

Di perlawanan ketiga, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan tiada pasukan yang mempunyai kelebihan antara satu sama lain.

Namun begitu, pasukan tuan rumah mula mengganas di fasa tengah perlawanan. Mereka fokus untuk menumbangkan ahli pasukan ONIC PH.

Kesilapan RSG SG pada minit ke-21 menyebabkan ahli pasukan mereka semua tumbang dan Kairi berjaya mendapatkan maniac.

Mereka terus mengambil peluang itu untuk melakukan pushing dan menamatkan permainan.

ONIC PH akan bertemu dengan pemenang antara perlawanan RRQ Hoshi dan Todak nanti.

Foto: Moonton Games

 

 

RELATED NEWS

+