M3: Pasukan BloodThirstyKing (BTK) akhirnya mendedahkan wajah mereka

Wakil Amerika Utara ke kejohanan dunia Mobile Legends, M3, BloodThirstyKing (BTK) nampaknya seperti sepi dari liputan media.

Wajah mereka juga tak ditunjukkan di hantaran media sosial untuk akaun-akaun MPL. Malah di laman web rasmi M3 sendiri, potret mereka tak pernah didedahkan sebaliknya hanya nama yang ditunjukkan.

Hari ini di Twitter, satu ciapan dari akaun @MLBBEsports akhirnya mendedahkan wajah setiap pemain ini. 

Dari kiri ke kanan: SHARK (Oscar), FwydChickn, MobaZane, Victor (Carti) dan ZIA.

Dengan jersi baru berwarna merah hitam, pastinya skuad Amerika Utara ini sudah bersedia untuk lawan di peringkat dunia.

Peringkat kumpulan M3 akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket/

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk semua skuad kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+