M3: Perlawanan pembukaan memihak kepada Blacklist International

Pasukan Filipina, Blacklist International memulakan perlawanan pembukaan dengan berjaya sekali apabila menewaskan juara MPL Brazil, Red Canids.

Perlawanan ini menunjukkan skuad Filipina masih lagi kuat dengan membuat draft menarik dengan pemilihan Harith dan Mathilda.

Pasukan Brazil masih kuat dengan pemilihan dua marksman tapi ia tak mampu menahan asakan seperti Harith yang mampu bergerak dengan pantas dalam medan pertempuran.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Hari ini adalah perlawanan Best of 1 yang mana ia menyaksikan skuad Red Canids (Brazil), Malvinas Gaming (LATAM), Blacklist International (Filipina) dan Bedel dari Turki berentap antara satu sama lain.

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket/

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+