M3: RRQ Hoshi akan jumpa Todak, Team SMG pula jumpa Onic di playoffs

Pasukan hebat dari Indonesia, RRQ Hoshi akan jumpa wakil Malaysia, Todak di playoffs kejohanan dunia MLBB, M3 tak lama lagi,

Mereka berjaya mendapatkan kemenangan bersih di kumpulan D hari ini dengan tiga perlawanan, sama seperti wakil Filipina, Blacklist International di kumpulan A.

Todak pastinya mempunyai kesukaran berdepan mereka nanti dan pastinya skuad Malaysia ingin mengatur strategi sebaik mungkin menghadapi Alberttt, pemain jungler RRQ.

Sementara itu, Team SMG pula akan berdepan ONIC ID yang pernah menjuarai kejohanan jemputan (MPLI) tak lama dulu.

Team SMG tidak memberikan prestasi yang cukup baik pada hari ini apabila tewas dua perlawanan dan hanya menang ke atas wakil Timur Tengah, GX Squad.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+