Singapura: Pasukan Indonesia yang bertanding di kejohanan dunia Mobile Legends, M3, RRQ Hoshi nampaknya sangat yakin dan tidak membuat persiapan khas untuk berdepan wakil Malaysia, Team SMG.
Dalam satu sidang media dalam talian hari ini, jurulatih pasukan, Adi Syofian Asyauri (Acil) berkata demikian berikutan pernah bertembung dengan skuad itu sebelum ini.
“Kami tak buat persiapan ‘khas’ untuk lawan Team SMG sebab dah pernah lawan (di MPLI). Kami hanya perlu bersedia dari segala kemungkinan saja.
“James itu kawan saya. Mesti seronok lawan pasukan yang dilatihnya nanti. Kelebihan Team SMG ke atas RRQ? Tiada,” jawab Acil, berseloroh.
Ketika ditanya mengenai ‘respect ban’, mereka juga tak menemui hero mana perlu dikenakan ‘ban’ untuk Team SMG.
“Sekarang ‘patch’ baru mesti ada perubahan pada hero tapi kami belum ada ‘respect’ ban untuk Team SMG sepertimana pasukan lain ‘ban’ Ling dari Albertt,” katanya.
RRQ juga yakin 1,000% untuk berentap dalam kumpulan D yang mana mereka akan berjumpa dengan GX Squad (Timur Tengah) dan RSG SG (tuan rumah) selain Team SMG.
View this post on Instagram
Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket/
Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.
M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.
Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).
Foto: MPL ID