M3: Selepas menang lawan RRQ, Instagram ONIC PH ‘hilang’, tak dapat dicari

Kemenangan ONIC PH selepas perlawanan ke atas RRQ Hoshi (Indonesia) dalam perlawanan upper bracket kejohanan dunia MLBB, M3 semalam nyata mengejutkan ramai pihak apabila berjaya ‘membelasah’ pasukan terkuat Indonesia itu dengan skor 3-0.

Dikala peminat menyambut kemenangan ini, agak mengejutkan apabila Instagram rasmi @onicphilippines tidak boleh dicari. Tinjauan MyGameOn mendapati, carian akaun ini di Google boleh dibuat namun apabila anda klik pada pautan itu, ia menulis ‘user not found’ ataupun ‘akaun ini tidak dijumpai’.

Rajah di bawah menunjukkan akaun IG rasmi ONIC PH apabila anda klik pautan di Google.

Ia sama ada akaun itu menerima laporan yang banyak dari individu tidak bertanggungjawab atau mereka secara tidak sengaja menyahaktifkan akaun IG mereka.

Kejadian ini bukanlah yang baru kerana sebelum ini rakan senegara, Blacklist International juga mengalami perkara yang sama.

Malah, CEO RRQ, Andrian Pauline ada berkata yang kejadian ini dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab dan bukannya daripada peminat setia RRQ Hoshi.

Apa pun kesudahannya, diharap akaun Instagram ONIC PH kembali aktif untuk terus memberikan perkembangan terkini pasukan itu di M3 di Suntec, Singapura.

Foto: GMA Network

RELATED NEWS

+