M3: Terima kasih Todak

Permainan terakhir peringkat playoff hari ketujuh menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu EVOS SG.

Perlawanan pertama memihak kepada pasukan Todak membawa masuk Lunox sebagai jungler. Permainan yang sangat agresif ditunjukkan oleh Todak memberikan mereka kemenangan.

Perlawanan kelima dan juga terakhir menyaksikan pasukan Todak membawa masuk wan wan dan juga Lancelot untuk digunakan oleh Ciku dan 4Meyz.

Todak menguasai objektif dan peta di minit awal permainan. Rotasi yang dilakukan oleh Moon dan juga Yums memberikan kelebihan kepada Ciku untuk mendapatkan farming.

Namun begitu, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh pasukan Todak di dalam perlawanan yang berlaku selepas itu.

Ciku sering ditangkap oleh pasukan EVOS SG dan pasukan Todak mula mengalami kesukaran untuk mendapatkan objektif.

Luminous Lord yang diambil pada minit ke-17 berjaya memberikan kemenangan kepada pasukan EVOS SG.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Todak kerana sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membawa piala M3 untuk negara Malaysia. Syabas diucapkan.

 

RELATED NEWS

+