M3: Todak langgar Navi

Wakil Malaysia, Todak berjaya menewaskan saingan dari CIS, Navi dalam perlawanan penyingkiran kejohanan dunia MLBB, M3 di Suntec, Singapura hari ini.

Perlawanan best of 5 ini sangat sengit di mana Todak ditewaskan dua perlawanan pertama namun berjaya comeback dan berjaya membuat reverse sweep sehingga skor menjadi 3-2.

Pada perlawanan pertama, Todak tidak begitu biasa dengan cara gameplay Navi dan tiada cara untuk counter Uranus. 

Di perlawanan kedua juga, mereka melepaskan Lylia yang dimainkan begitu baik oleh Nagib.

Namun bermula di perlawanan ketiga, konsistensi tetap memihak kepada mereka selepas mengenakan ban kepada Lylia. Mereka juga mengutamakan pick yang baik untuk Momo, memainkan Brody.

Pemilihan Rafaela juga berjaya membuatkan Todak terus berupaya bermain agresif. Di perlawanan akhir, Todak meletakkan Eudora sebagai hero pilihan Moon kerana banyak mage sudah dikenakan banNamun, Moon bermain Eudora juga mempamerkan prestasi baik.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Mereka akan bertemu sama ada EVOS SG atau BTK yang akan menang akan datang ini.

RELATED NEWS

+