M3: Todak langgar SeeYouSoon, mara ke peringkat seterusnya

Permainan terakhir di hari keempat peringkat playoff menyaksikan pasukan Todak akan menentang pasukan dari Kemboja iaitu SeeYouSoon. Sebelum ini, Todak tewas di tangan SeeYouSoon di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI).

Perlawanan pertama menyebelahi pasukan Kemboja selepas mereka menggunakan draft Roger dan Angela untuk memberikan tekanan kepada pasukan Todak. Selain itu, mereka juga memilih Phoveus untuk menjadi initiator

Todak tidak mampu untuk memberi serangan balas dan mereka sering tewas setiap kali pertarungan berlaku. SeeYouSoon kemudian menamatkan permainan pada minit ke-13.

Perlawanan ketiga dan terakhir menyaksikan pasukan todak membawa Estes dan Paquito ke dalam permainan. Strategi ini dilihat berkesan untuk menahan serangan dari pasukan SeeYouSoon. 

Pasukan Todak mendominasi di minit awal permainan, mereka berjaya mendapatkan semua turtle dan juga turret.

Mereka berjaya mengawal peta dan memaksa pasukan SeeYouSoon untuk bermain pasif dan hanya mempertahankan base mereka.

Lord pertama kemudian diambil pasukan Todak ketika minit ke-11 untuk membantu melakukan pushing. Todak kemudian menamatkan permainan pada minit ke-13.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Todak kerana berjaya membalas kembali kekalahan mereka pada masa yang lalu.

RELATED NEWS

+