M3: Todak tidak berjaya tembus pertahanan Onic

Wakil Malaysia, Todak menunjukkan dominasi di peringkat kumpulan kejohanan dunia Mobile Legends, M3 yang dilangsungkan hari ini.

Mereka berjaya menewaskan wakil Brazil, Vivo Keyd namun tewas di tangan Onic PH sebentar tadi.

Dengan draft yang menarik seperti Alucard dan Gloo, mereka tidak memberikan Onic mengatur strategi dengan berkesan. Malah, pemilihan Faramis untuk counter lineup Todak juga kurang berkesan pada mulanya.

Tapi Onic berjaya kembali kuat apabila Beatrix dan Natan sangat kuat di minit akhir. Esmeralda juga memberikan gangguan kepada pasukan Todak.

Hari ini adalah perlawanan Best of 1 yang mana ia menyaksikan wakil Malaysia, Todak berentap lawan Onic ID dan PH serta wakil Brazil, Keyd Stars.

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket.

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+