M3: Todak turun ke lower bracket

Permainan terakhir di hari kedua peringkat playoff kejohanan dunia MLBB, M3 menyaksikan wakil Malaysia, Todak bertemu dengan RRQ Hoshi yang mana mereka tewas 3-1 sekali gus jatuh ke lower bracket.

Pasukan Todak mengalami kesukaran di perlawanan pertama dan kedua. Mereka diasak dengan penggunaan Ling dan Paquito yang memberikan tekanan yang tinggi kepada pasukan Todak.

Di perlawanan ketiga, Todak sekali lagi membenarkan RRQ Hoshi untuk menggunakan combo Angela dan Ling. Mereka percaya dengan adanya Estes, pasti keadaan akan berubah kali ini. 

Todak berjaya menyekat kemaraan pasukan RRQ Hoshi untuk menggunakan combo mereka, Estes sering menyelamatkan keadaan. Namun begitu Todak mula mengalami kesukaran selepas Xinnn berjaya mendapatkan stack yang diperlukan menggunakan Aldous.

RRQ Hoshi terus mengasak Todak dan menumbangkan satu demi satu ahli pasukan Todak. Kesilapan Todak pada minit ke-15 menyebabkan RRQ Hoshi mendapatkan dua inhibitor turret. RRQ Hoshi kemudian menamatkan permainan dengan bantuan Luminous Lord pada minit ke-22.

Di perlawanan keempat, Todak sekali lagi tidak ban Ling sebaliknya memberikan RRQ pick yang menarik iaitu Yve dan Lancelot sementara mereka berjaya dapatkan Mathilda dan Pharsa serta Yu Zhong.

Todak juga menggunakan Miya, satu hero yang tak pernah digunakan sebelum ini bersama Benedetta dimainkan 4Meyz.

Namun, ia tidak berjaya kerana 4Meyz tidak menyinar sebagai Benedetta dan banyak kali ahli pasukan Todak mati sebelum Lord muncul.

Mereka akan bertemu pemenang antara Red Canids dan SeeYouSoon.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+