M4 di Jakarta?

Kejohanan Dunia Mobile Legends M4 menjadi satu pertandingan antarabangsa yang mengumpulkan pasukan MLBB dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara dunia.

Tidak banyak info yang kita ketahui selain tarikh pertandingan itu akan diadakan pada 1-15 Januari tahun depan.

Namun begitu, di dalam satu perkongsian video di saluran Youtube MPL ID tempoh hari, kita dapat lihat poster Kejohanan Dunia M4 memaparkan lokasinya di Jakarta, Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Adakah pihak Moonton sudah mengacah M4 bakal diadakan di Indonesia? Sebelum ini, M3 dipertandingkan di negara jiran iaitu Singapura dan pasukan Filipina iaitu Blacklist International muncul juara.

Pasukan Filipina sudah dua kali berturut-turut merangkul gelaran juara dunia, corak permainan mereka yang sukar diduga dan juga disiplin yang tinggi membawa mereka ke peringkat ini.

Kemungkinan besar kita dapat melihat juara baru terutamanya pasukan Malaysia untuk edisi ke-4 ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+