"> " /> " />

M6 sah akan dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil, sama seperti M1

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

SAH DAN RASMI.

Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kembali menjadi medan pertarungan untuk kejohanan dunia siri M, kali ini untuk edisi keenam (M6) bagi pusingan semi final dan grand final.

Sebelum ini, Malaysia adalah tuan rumah untuk siri pertama kejohanan dunia MLBB itu di mana M1 dihoskan di lokasi sama, menyaksikan wakil negara, Todak MLBB mendapat tempat ketiga.

Difahamkan, M6 akan menjadi medan pertarungan untuk pasukan terbaik MLBB yang akan dipilih dari Liga Profesional (MPL) dan kejohanan kelayakan lain.

MPL MY S14 akan mempertaruhkan slot untuk skuad Malaysia berjuang di tanah air sendiri dan mengharumkan nama negara.

Foto: Perbadanan Stadium Malaysia

RELATED NEWS

+