“Macam lawan dengan anak saya,” – Pemburu

Menerusi sebuah hantaran video di Youtube Farr Channel, ahli pasukan Yoodo Alliance 4 Rivals, Sahrul Daulay Jailani atau lebih dikenali sebagai Pemburu mengatakan di dalam sebuah siaran langsung PUBG LODI bahawa kemahiran pasukan Filipina bermain dalam liga itu seperti anak-anaknya.

“Pada pendapat saya, pasukan dari Filipina bermain seperti anak-anak saya” katanya apabila ditanya oleh J Hunter berkaitan pertama kali bermain bersama pasukan dari Filipina.

Umumnya kita mengetahui bahawa pasukan dari Filipina yang dikatakan itu adalah pasukan KHI Esports.

Sebelum ini, salah seorang pemain KHI Esports, Demigod, pernah membuat kontroversi dengan cara memfitnah Axis Jumper melakukan stream snipe di scrim SSS.

Selain itu, KHI Esports mendapat tempat yang corot iaitu kedudukan ke-19 dengan bonus 19 mata di PMPL MYSGPH musim kelima.

KHI Esports sudah membubarkan pasukan PUBG Mobile mereka disebabkan tidak menunjukkan prestasi yang baik pada PMPL MY/SG/PH musim kelima.

Sumber Video: Farr Channel

RELATED NEWS

+