Macam mana nak main Valentina? Ikut tutorial dari Jess No Limit

Valentina adalah hero baru yang dilancarkan di Mobile Legends dan ramai sangat teruja dengan ultimatenya yang boleh meniru ultimate hero lain.

Pastinya ia menjadi game changer apabila digunakan dengan betul.

Disebabkan hero mage ini sedang popular kini, streamer Indonesia, JessNoLimit terus memuat naik video di Youtube bagi memperlihatkan kebolehannya.

Seperti video Youtube berdurasi 12 minit di bawah, Jess mengambil skill kedua terlebih dulu untuk melakukan poking yang berkesan di midlane. Kuasa ini digabungkan lagi dengan pasif Primal Force yang memberikan 30 EXP menyebabkan Valentina naik level dengan pantas.

Malah, jika sudah mendapat sekurang-kurangnya dua item, Valentina sangat digeruni kerana damage poking yang tinggi.

Flame Shot atau Flicker adalah pilihan untuk digunakan bagi hero ini. Jika anda berhadapan ramai hero yang boleh menangkap, pastikan Flicker diambil. Flame Shot pula sesuai jika anda selesa dengan hero pasukan anda yang boleh menahan damage dari depan. Anda tidak perlu risau untuk lari kerana adanya mereka menadah damage.

Bagi bantuan build untuk pemain baru, JessNoLimit menekankan item yang boleh memberikan kesan Magical Damage tertinggi.

  • Arcane Boots
  • Enchanted Talisman
  • Fleeting Time
  • Holy Crystal
  • Divine Glaive
  • Blood Wings

Item Fleeting Time sangat penting kerana Valentina boleh memanfaatkan ultinya berulang kali. Blood Wings pula adalah item terakhir yang boleh memberikan perisai cukup untuk menahan damage

RELATED NEWS

+