Madden 22 masih terima kemaskini walaupun ada khabar angin ia akan dihentikan

Walaupun terdapat ura-ura menyatakan Madden 22 akan dihentikan, tetapi pihak EA masih merancang untuk melancarkan dua lagi kemaskini buat permainan itu.

Menurut kenyataan EA kepada IGN, “Kami tidak gemar untuk komen tentang khabar angin atau spekulasi, bagaimanapun, kami komited untuk terus memperbaiki mod francais ini sebagai sebahagian daripada servis langsung Madden NFL 22 dan seterusnya.

“Ini termasuk dua kemaskini francais yang akan kami lancarkan di dalam Madden NFL 22 akan datang. Kami akan nyatakan perincian mengenai kemaskini tahun baru nanti,” kata mereka.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas terdapat laporan daripada Sports Gamers Online yang menyatakan EA akan membatalkan kemaskini tambahan buat mod tambahan francais Madden 22. 

Buat masa ini EA masih belum sertakan sebarang perincian tambahan. Tetapi, penambahbaikan tambahan akan dilancarkan pada suatu masa, tahun depan. 

Kemaskini mungkin termasuk penambahbaikan penempatan semula francais yang dijanjikan dalam peta jalan asal untuk Madden 22. Jangkakan butiran lanjut pada 2022.

Madden NFL 22 kini tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+