Magic Chess: Go Go (MCGG) kini tersedia untuk dimuat turun di Malaysia dan Singapura di pelantar iOS dan Android.
Ia membawa pemain ke dalam universe sama seperti Mobile Legends: Bang Bang dan lebih sesuai untuk pemain yang gemarkan genre ‘auto-chess’ dan strategi.
Tidak seperti MLBB, pemain MCGG akan menjadi perancang utama mengawal hero-hero MLBB seperti Nana, Layla dan Chou.
Anda perlu jadi lebih lincah mengatur strategi untuk menawan Chessboard.
Berita menariknya, lebih 9.5 juta pra-daftar dicatatkan untuk permainan mudah alih ini dan ia bakal dilancarkan di Asia Pasifik pada awal tahun depan.