Mahkamah meminta CD Projekt bayar AS$1.85 juta atas Cyberpunk 2077

Ramai yang sedia maklum, pelancaran Cyberpunk 2077 pada tahun lalu adalah pelancaran permainan yang paling teruk dikritik. 

Oleh hal yang demikian, sekumpulan pelabur memfailkan tuntutan mahkamah tindakan kelas ke atas CD Projekt, melalui sebuah firma guaman di Mahkamah Daerah Pusat California. 

Melalui tuntutan itu, pihak guaman itu menegaskan, Cyberpunk 2077 sebagai tidak boleh dimainkan berikutan isu pepijat, digugurkan daripada PlayStation Store dan menyatakan reputasi syarikat itu tercemar sebagai salah atau tiada asas yang kukuh.

Setahun selepas tuntutan itu dibuat, mahkamah memutuskan CDPR bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$1.85 juta (RM7.79 juta) ke atas tuntutan itu.

Namun, tuntutan ini bukanlah berpihak kepada pemain yang kecewa ke atas prestasi dan kualiti Cyberpunk 2077, sebaliknya ianya lebih berpihak kepada para pelabur. 

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+