Mahkamah Tinggi Bangladesh menggesa TikTok, PUBG dan Free Fire diharamkan

Nampaknya aplikasi seperti TikTok, PUBG, Free Fire, Bigo Live dan Likee akan diharamkan di Bangladesh.

Mahkamah Tinggi negara itu menggesa kerajaan membuang aplikasi ini bagi “menyelamatkan kanak-kanak dan anak muda dari keruntuhan moral”, lapor NST.

Dalam laporan itu juga berkata, Mahkamah Tinggi Dhaka membuat gesaan itu selepas menerima petisyen dari organisasi hak asasi manusia.

Mereka mengemukakan hujah seperti aplikasi-aplikasi ini memberi kesan kepada anak muda dan juga menyediakan peluang kepada penjenayah yang dikaitkan dengan penggubalan wang haram menerusi aplikasi itu.

Sebenarnya, yang mencetuskan petisyen ini adalah kejadian yang terjadi dalam TikTok di mana pihak berkuasa menemui kes pemerdagangan manusia iaitu lebih 500 anak gadis Bangladesh ke India dalam masa lima tahun kebelakangan.

TikTok juga dikenakan ban di India dan juga Pakistan namun Pakistan menarik balik selepas TikTok berjanji untuk membuang kandungan tidak bermoral.

Nepal juga bertindak mengharamkan PUBG di negara mereka.

Sumber dan foto: NST

RELATED NEWS

+