Main Aghanim’s Labyrinth dalam DOTA 2 dan dapatkan sehingga 2,000 Battle Points

Valve telah melancarkan acara musim panas tahun ini untuk DOTA 2 dan ia adalah sebuah mod permainan baharu bertajuk Aghanim’s Labyrinth. Mod ini boleh dimain secara percuma oleh semua pemain DOTA 2.

Aghanim’s Labyrinth merupakan sebuah mod permainan co-op yang mempunyai unsur roguelike di mana sekumpulan empat orang pemain harus bekerjasama untuk mengalahkan raksasa-raksasa yang diletakkan dalam bilik-bilik yang direka secara rawak.

Setiap kali para pemain menyelesaikan cabaran dalam satu bilik, mereka akan diberikan pilihan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran tertentu serta memilih raksasa-raksasa di bilik seterusnya.

Jika anda dan rakan-rakan anda berjaya mencapai tempat tertinggi di global leaderboard, anda akan diberikan ganjaran-ganjaran istimewa seperti skin courier Aghanim’s Interdimensional Baby Roshan dan banyak lagi.

Mereka yang telah membeli Batte Pass boleh mengumpul sehingga 2,000 Battle Points setiap minggu acara ini berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan mod permainan Aghanim’s Labyrinth, anda boleh melayari laman web rasmi DOTA 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+