Main game tanpa amal SOP menyebabkan kluster baru di Sabah

Disebabkan main game secara berkumpulan tanpa penjarakan fizikal, seorang lelaki dijangkiti COVID-19 dan menyebabkan penularan kepada ahli keluarga dan rakan sekerja.

Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki berusia 19 tahun disahkan positif di Beaufort, Sabah pada 29 Jun.

Jangkitan berlaku melibatkan sembilan ahli keluarga dan jiran terdekat. Ia bermula akibat kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal ketika bermain game dalam talian.

Sebanyak 46 kes positif dilaporkan dalam kluster Lumadan itu.

Walaupun bermain game bersama kawan-kawan itu seronok dan lebih kompetitif, namun dengan adanya COVID-19 memang disarankan untuk berkomunikasi secara dalam talian saja.

Semoga berita ini memberi iktibar kepada kita untuk terus menjaga SOP dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Sumber rujukan: Harian Metro

Foto: TechinAsia

 

 

RELATED NEWS

+