Mainkan Demo Resident Evil 5 Dan Resident Evil 6 Di Nintendo Switch Sekarang

Nampaknya, selepas sekian lama menunggu, peminat Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 boleh bersorak gembira apabila demo untuk keduanya sudah pun boleh dimainkan di Nintendo Switch eShop.

Menurut laporan daripada Aksiz, permainan ini sudah boleh dipra-tempah dengan harga RM168 bagi setiap judul permainan dan anda boleh dapatkan diskaun sehingga 33% untuk judul Resident Evil lain di platform ini.

Sama seperti di PlayStation 4, RE4, 5 dan 6 juga diumumkan hadir sekali dalam versi fizikal. Menariknya, DLC juga akan turut disertakan untuk pengalaman permainan penuh.

Pada akhir video promosi ini, ditulis kedua permainan video ini akan tiba di platform Switch pada 29 Oktober ini.

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+