Xbox Series X. Setelah lama berdiam diri, Sony akhirnya mengumumkan tarikh untuk berkongsi maklumat baru tentang konsol generasi seterusnya mereka iaitu PlayStation 5 (PS5)."> Xbox Series X. Setelah lama berdiam diri, Sony akhirnya mengumumkan tarikh untuk berkongsi maklumat baru tentang konsol generasi seterusnya mereka iaitu PlayStation 5 (PS5)." /> Xbox Series X. Setelah lama berdiam diri, Sony akhirnya mengumumkan tarikh untuk berkongsi maklumat baru tentang konsol generasi seterusnya mereka iaitu PlayStation 5 (PS5)." />

Maklumat Baru Tentang PS5 Akan Diumumkan Pada 19 Mac 2020

Microsoft baru sahaja mendedahkan spesifikasi penuh Xbox Series X. Setelah lama berdiam diri, Sony akhirnya mengumumkan tarikh untuk berkongsi maklumat baru tentang konsol generasi seterusnya mereka iaitu PlayStation 5 (PS5).

Pada 19 Mac 2020 tepat pada jam 12 tengah malam, PlayStation akan berkongsi tentang seni bina sistem PS5 dan bagaimana ia akan mempengaruhi masa depan industri permainan video. Perkongsian ini akan disiarkan melalui PlayStation Blog.

Mark Cerny, ketua seni bina sistem PS5, akan mengetuai perkongsian ini. Beliau pernah terlibat dalam pembangunan beberapa konsol PlayStation dan merupakan warganegara Amerika Syarikat pertama yang terlibat dengan pembangunan PlayStation 2 (PS2).

Sebelum ini, Sony hanya mendedahkan beberapa butiran tentang PS5 seperti kebolehan untuk main permainan video daripada konsol generasi sebelumnya (backwards compatibility) dan penggunaan perkakasan canggih seperti solid-state drive (SSD).

Antara maklumat yang masih belum diketahui adalah tarikh pelancaran dan harga konsol tersebut. Dari segi spesifikasi, Sony juga masih belum memberikan senarai lengkap tentang perkakasan PS5.

Situasi COVID-19 telah menyebabkan banyak kilang pembuatan barangan elektronik di China ditutup. Ini mungkin menyebabkan harga komponen PS5 menjadi mahal, justeru menaikkan harga konsol tersebut. Pada waktu ini, PS5 dianggarkan akan dijual sekitar harga RM2,000.

Penangguhan dan pembatalan acara-acara besar industri permainan video seperti Game Developers Conference (GDC) dan Electronic Entertainment Expo (E3) juga akan memberi impak negatif. Penulis yakin banyak permainan video baharu yang dibuat untuk PS5 dan Xbox Series X sepatutnya diumumkan di acara-acara ini.

Setakat ini, Microsoft dan Sony tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menangguhkan pelancaran konsol baharu masing-masing. Ditambahkan lagi dengan isu COVID-19, mungkin mereka lebih selesa merahsiakan perkara tersebut pada waktu ini.

Sumber: PlayStation

Foto: T3 (bukan reka bentuk rasmi PS5, sekadar ilustrasi)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+