Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL MY) kini kembali dengan musim kedua. Ia akan bermula dari hari ini (2 September hingga 10 Oktober).
Ia merupakan pentas semi-profesional yang memberi ruang kepada pemain menonjolkan bakat dan merebut peluang ke Liga Profesional MLBB (MPL MY).
Regular Season musim ke-2 diperbaharui dan akan berlangsung dalam dua peringkat, dengan peringkat pertama dijadualkan dari 2 hingga 24 September dan peringkat kedua dari 25 September hingga 10 Oktober.
Peringkat pertama akan menyaksikan pasukan bermain perlawanan Best Of Two (BO2), single round robin bagi setiap conference. Enam pasukan teratas dari setiap conference akan mara ke peringkat kedua, iaitu peringkat silang conference dalam pertandingan ini.
Setiap pasukan akan bermain menentang enam pasukan dari conference yang lain, selepas itu empat pasukan yang menduduki tempat tertinggi dari setiap conference akan layak ke Peringkat Akhir. Peringkat Akhir akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober.
Sama seperti musim pertama, akan ada dua conference berasingan iaitu Challenger Conference yang terdiri daripada enam pasukan teratas MAL MY Musim pertama dan dua pasukan dari Kelayakan Terbuka serta Affiliate Conference yang akan menampilkan pasukan junior dari musim ke-14 MPL M6laysia.
Sebanyak 16 pasukan dan dipecahkan kepada dua conference (lapan pasukan setiap satu).
Pasukan menduduki tempat pertama di Challenger Conference selepas peringkat kedua musim liga akan layak secara automatik ke MPL MY musim ke-15 manakala pasukan di tempat kedua Challenger Conference selepas peringkat kedua akan berhadapan dengan pasukan tempat ke-9 di MPL M6laysia musim ke-14 bagi tujuan bersaing slot MPL MY S15.
Sebanyak RM89,960 (AS$20,000) hadiah wang tunai terkumpul disediakan kepada pemain..