Piala Dunia Overwatch akan memasuki edisi kelima kali ini dan Malaysia mempunyai slot penting bertanding di peringkat Asia Pasifik (APAC) sebelum boleh layak ke kejohanan dunia itu.
Dalam satu kenyataan media, pasukan Overwatch negara akan bertanding dalam kumpulan APAC B yang juga disertai pasukan dari Australia, India, New Zealand, Singapura dan Thailand manakala APAC A pula terdiri daripada Chinese Taipei, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan.
36 teams, 1 trophy 🏆
This is the 2023 Overwatch World Cup 🌎
Get involved, rally for your team, and take your shot at the prize pool! 🤩
✨ : https://t.co/1OqvJdglAm pic.twitter.com/0vcKkTGv5H
— Overwatch (@PlayOverwatch) January 24, 2023
Pada Jun, pasukan akan bertanding dalam peringkat kumpulan untuk mendapatkan satu dari 16 slot di LAN Final yang dijadualkan pada musim luruh. Pasukan China akan mendapat satu slot jemputan berdasarkan prestasi mereka di peringkat dunia.
Difahamkan, hanya dua (2) pasukan dari APAC B dan tiga (3) dari APAC A akan layak ke LAN Finals dan seterusnya merebut slot ke Piala Dunia.