Malaysia dapat dua slot di M6 – Kenapa ia penting untuk komuniti dan arena MLBB negara?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kembalinya Malaysia mendapat dua slot di kejohanan dunia MLBB bukanlah satu perkara biasa kerana kita sudah menantikannya sejak kejohanan dunia M5, di mana Malaysia dikurangkan slot dan digantikan dengan peluang di Wild Card. Begitu juga dengan MSC 2024 yang mana HomeBois memenangi slot Wild Card.

Namun semuanya berubah kini apabila MOONTON Games mengumumkan Malaysia kembali meraih dua slot di kejohanan dunia MLBB, M6.

Penulis menemubual Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin mengenai hal ini dan impaknya terhadap arena MLBB di Malaysia.

Fikri Rizal

1. Kita berjaya mendapatkan kembali dua slot di siri M, apakah signifikannya dan impak untuk komuniti dan arena MLBB di Malaysia?

Fikri: MLBB Esports Malaysia sudah menunjukkan kemampuan dan kebolehan kita tahun ini. Walaupun kita dilabel rantau yang signifikan dengan MLBB namun prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa tidak mencerminkan perkara itu. 

Sekarang ini, strategi kita mengumpulkan kesemua ekosistem dan ‘memaksa’ diri kita untuk menjadi lebih baik dengan Selangor Red Giants memenangi kejohanan antarabangsa besar pertama untuk MLBB di MSC 2024.

Tapi kita saksikan lebih dari sekadar peningkatan dari segi prestasi di peringkat antarabangsa; kita juga menyaksikan lebih ramai mula buka mata, dari orang awam hinggalah sokongan kerajaan, peningkatan dari segi tontonan, persaingan sengit kini ditunjukkan di MPL Malaysia, MAL Malaysia dan acara di peringkat akar umbi. 

Prospek jangka panjang kita kini lebih cerah.

2. Kini ramai negara bakal menjadikan liga kita (MPL MY S14) sebagai tanda aras baru dari segi persaingan. Apa komen Fikri?

Fikri: Sudah semestinya. Kita juga sudah menerima roster penuh untuk semua pasukan dan tak sabar menunggu musim liga bermula. Saya percaya musim ini akan menjadi yang paling kompetitif antara semua, ini kerana pasukan Malaysia bertanding untuk sasaran mewakili negara dan bermain di Axiata Arena (bertanding sebagai tuan rumah). 

Sudah semestinya MPL Malaysia akan buat yang terbaik untuk mencipta lebih banyak kandungan bagi memastikan liga kita lebih menghiburkan dan boleh menarik ramai penonton tempatan dan antarabangsa. Tumpuan kini ke arah kita dan kita akan menunjukkan kemampuan kita!

RELATED NEWS

+