Malaysia Juara Dunia eFootball Mobile – FIFAe World Cup 2024

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Malaysia adalah Juara Dunia eFootball Mobile di FIFAe World Cup 2024

Minbappe membuktikan dia pemain terhebat untuk eFootball dengan mengalahkan lawannya AN10_Tienes dari Morocco dengan skor 2-0.

Kemenangan ini adalah selepas mengalahkan AN10_Tienes dengan 3:0 pada perlawanan pertama dan 2:0 pada perlawanan kedua sekaligus dinobatkan juara dunia eFootball Mobile.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by FIFAe (@fifae)

Dia mengekalkan permainan yang sangat kemas dan penuh ketenangan sepanjang perlawanan.

“Pertama sekali alhamdulillah bersyukur kepada Allah dapat angkat piala dunia untuk Malaysia. Dan terima kasih kepada semua yang menyokong terutamanya keluarga yang banyak tolong dan memberi saya sokongan dan rakan-rakan seperjuangan saya.” ujar Minbappe ketika temubual selepas dikalungkan pingat juara.

“Terima kasih juga kepada yang mendoakan kejayaan saya dan saya tak mampu balas jasa baik semua yang mendoakan saya. Saya hanya mampu balas dengan paial dunia untuk Malaysia.” tambahnya lagi.

Tahniah buat Malaysia dan pemain Minbappe menjuarai eFootball Mobile di FIFAe World Cup 2024!

RELATED NEWS

+