Satu pertandingan rasmi Beyblade X diadakan di Sunway Pyramid pada 19-21 Julai lepas.
Pertandingan itu adalah Beyblade X-Treme SEA Cup 2024 yang juga merupakan pertandingan Grade 1 iaitu pertandingan tahap paling tinggi Beyblade untuk mana-mana kawasan dan negara.
Beyblade mempunyai tiga tahap pertandingan iaitu Grade 1, Grade 2 dan Grade 3.
Semua pemain dari seluruh Malaysia turut datang bertanding untuk mendapat peluang mewakili Malaysia.
Lima negara Asia Tenggara bertanding iaitu Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Tiga kategori juga dipertandingkan iaitu Open, Junior dan Tag Team.
Menurut Ober Pengasas Team WAIBBA, ahli pasukan mereka berjaya mempertahankan kemenangan pada tahun 2019 dan berjaya memenangi kategori terbuka dan junior untuk tahun ini.
Hadiah dan Barisan Pemenang mengikut kategori:
Hadiah Kategori Junior dan Open
Juara
- Beyblade Dran Sword 3-60F (Gold Coated)
- Trofi
- Hamper Beyblade X Toys bernilai RM300
- Penginapan satu malam di Hotel Sunway Pyramid
Tempat Kedua
- Beyblade Dran Sword 3-60F (Silver Coated)
- Trofi
- Hamper Beyblade X Toys bernilai RM200
- Penginapan satu malam di Hotel Sunway Pyramid
Ketiga
- Beyblade Dran Sword 3-60F (Bronze Coated)
- Trofi
- Hamper Beyblade X Toys bernilai RM100
Barisan Pemenang
Beyblade X-Treme Cup G1 Kategori Junior:-
Juara-Imran (Team WAIBBA)
Kedua- Raizel (Team WAIBBA)
Ketiga – Qays
Beyblade X-Treme Cup G1 Tournament Kategori Open:-
Juara – Fadhil (Team WAIBBA)
Kedua- Intan
Ketiga- Yeo
Pertandingan sebesar ini kali terakhir diadakan di Malaysia pada tahun 2019 dan kembali semula pada tahun ini.
Pertandingan Grade 1 seterusnya adalah Winter Cup dan pemenang pertandingan Beyblade X SEA Cup bakal mewakili Malaysia ke Jepun!
Pertandingan selepas ini akan diumumkan tidak lama lagi.