Malaysia juara Predator League Asia Pasifik 2025 kategori Dota 2

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pasukan Dota 2 negara, Myth Avenue Gaming (MAG) berjaya dinobatkan sebagai juara buat pertama kalinya dalam sejarah penyertaan Malaysia di Predator League Asia Pasifik.

Di edisi 2025 diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), ramai peminat menyaksikan detik bersejarah MAG menewaskan pesaing Indonesia, Team Helios.

@mygameondotmy Tahniah MythAvenueGaming (MAG) juara Predator League Asia Pasifik 2025 kategori Dota 2! Akhirnya Malaysia berjaya cipta sejarah tersendiri selepas sekian lama mendahagakan kemenangan di Predator League. Lebih lima tahun penantian akhirnya berakhir dengan kemenangan di tanah air sendiri 🔥🥳 Tahniah diucapkan! Dengan kemenangan ini mereka membawa pulang AS$65,000 (RM292,000) #PL2025 #PredatorLeague2025 #PredatorLeague #MyGameOn #DOTA2 ♬ original sound – My Game On

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang AS$65,000 (RM293,000).

Sementara itu, pasukan VALORANT negara, XIPTO Esports hanya berpuas hati di tempat ketiga/keempat selepas tewas di tangan skuad Filipina, ZOL Esports. Pada peta pertama, mereka menunjukkan prestasi yang sangat kurang memberangsangkan. Mereka tewas 13-0 tanpa sebarang kemenangan.

Di peta kedua pula, Malaysia sekali lagi digasak namun memberikan serangan balas dengan mendapatkan sehingga sembilan mata. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila ZOL terus mendominasi sehingga meraih 13 mata.

Dengan kemenangan ini, mereka berjaya memenangi sebanyak AS$7,500 (RM33,750).

Predator League Asia Pasifik 2025 dihoskan di Malaysia buat pertama kali dalam sejarah enam kali penganjurannya. Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menjadi lokasi penganjuran dan banyak aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Terdapat juga persembahan artis tempatan, Aina Abdul dan Hael Husaini serta artis jemputan seperti Sandara Park, Minzy dan G22.

Sebanyak AS$400,000 (RM1.8 juta) hadiah wang tunai terkumpul dipertandingkan untuk VALORANT dan Dota 2 serta pertandingan lain diadakan.

RELATED NEWS

+