“Mari kita lihat siapa yang paling kuat nanti, Filipina atau Indonesia?,” – Z4pnu

Baru-baru ini pemain Omega Esports Z4pnu, dikritik oleh peminat Mobile Legends Indonesia berhubungan perbandingan pasukan kebangsaan Filipina dan Indonesia menjelang sukan SEA 2021.

Kenyataannya menimbulkan kemarahan peminat MLBB Indonesia apabila dia mengatakan bahawa pasukan profesional MLBB Indonesia tewas kepada pasukan amatur Mobile Legends Filipina di scrim.

Akhirnya, Z4PNU mengeluarkan kenyataannya berkaitan isu ini di akaun Youtubenya sendiri.

“Apa yang saya katakan semalam adalah kerana Dogie (Nexplay EVOS) mengatakan bahawa pasukan Blacklist tidak boleh menang. Mereka tidak boleh kalahkan pasukan Indonesia berdasarkan scrim mereka. Dogie juga kata mereka selalu kalah.

“Jadi apa yang saya katakan adalah untuk menjawab Dogie, bukan untuk anda (Indonesia). Jadi mari kita lihat siapa yang paling kuat nanti, Filipina atau Indonesia?,” katanya.

Kejohanan MSC 2022 dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini. 

Gambar: IG Z4PNU

RELATED NEWS

+