Mario Golf: Super Rush dapat mod, karakter dan padang baru

Mario Golf: Super Rush mendapat kemaskini percuma pada 5 Ogos, yang menambah Toadette, mod Ranked Match, New Donk City dan penambahbaikan kawalan pergerakan.

Diumumkan di Twitter, satu video pendek memaparkan Toadette dan kapaknya bermain golf dan berlari menerusi New Donk City Super Mario Odyssey, membaling lobak dan mencetus kekacauan pada pihak lawan.

Nintendo juga kongsikan beberapa gambar mod Ranked Match baharu dan ia termasuk huruf gred untuk menentukan rank termasuk medal burung di setiap peringkat berbeza. Ia juga menunjukkan dengan mendapatkan A- di World Rank membolehkan anda untuk memilih warna Yoshi semasa memilih karakter.

Ia juga dipastikan akan ada banyak kemas kini sepanjang tahun ini, jadi peminat boleh menantikan lebih banyak kandungan golf Mario.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+