Marvel Future Fight: Adiwira Malaysia Pertama, Sun Bird Menghunus Keris Diumumkan!

Netmarble mengumumkan barisan adiwira baru Marvel termasuk adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird khas untuk game mobile berbentuk fighting, Marvel Future Fight.

Semasa di Thailand Game Show, Netmarble bersama Marvel menonjolkan pasukan baru Warriors of the Sky dianggotai oleh empat adiwira asli diinspirasikan oleh rantau Asia dan akan menyertai dua adiwira dari Korea, Luna Snow dan Crescent & Io. Saksikan trailer Warriors of the Sky dalam Marvel Future Fight di bawah: 

Penerbit Senior untuk Marvel Games dan juga anak Malaysia, Danny Koo berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan pasukan baru Warriors of the Sky kepada peminat Marvel Future Fight dan sentiasa mengembangkan kepelbagaian pilihan karakter dalam game ini.”

Naib Presiden Kreatif untuk Marvel Games, Bill Roseman berkongsi rasa gembira meraikan kerjasama untuk hasilkan karakter yang mampu memberi keseronokan dan inspirasi kepada peminat dari seluruh dunia.

“Menggabungkan kuasa hebat, gambaran cantik dan penceritaan tidak dapat dilupakan, Warriors of the Sky sertai pasukan Avengers, X-Men, Guardians of the Galaxy sebagai pasukan adiwira terbaru Marvel. Setiap karakter baru ini mempunyai kuasa dan cerita tersendiri untuk pemain jelajahi,” kata Bill.

Berikut adalah adiwira baru dalam barisan Warriors of The Sky:

Sun Bird

Seorang lanun pada tahun 1600-an dan juga penjaga berasal dari Malaysia, Sun Bird atau Burung Matahari menyediakan sokongan penyembuhan atau bertindak sebagai healer menyembuhkan pasukannya melalui keris berkembar miliknya.

War Tiger

Berasal dari Thailand, War Tiger ialah seorang jeneral dari zaman purba Thailand yang mempunyai kuasa Tiger’s Fang iaitu menguatkan pertempuran jarak dekat.

Blue Dragon

Blue Dragon berketurunan bangsawan Vietnam mempunyai kebolehan untuk bertukar apa-apa barang yang disentuhnya menjadi senjata mengikut bentuk naga. Dia menyertai Warriors of The Sky untuk mempertahankan dunia dengan bertarung menggunakan lembing pusaka keluarganya.

Shadow Shell

Shadow Shell ialah seorang penembak tepat berasal dari Taiwan. Dengan menggunakan senapang berteknologi tinggi bersama perisai tenaga Ba Gua, Shadow Shell ialah pakar mengatur strategi dan juga imun terhadap toksik.

Marvel Future Fight kini boleh dimainkan di Android dan iOS. Muat turun di App Store dan Google Play Store.

Dalam banyak-banyak hero baru ini, mana satu korang paling suka sekali dan tak sabar untuk main dalam Marvel Future Fight? Kongsikan pendapat korang bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+