Marvel Games Akan Menambah Kandungan Fantastic Four Ke Permainan Spider-Man PS4

Dalam livestream yang berlangsung, Vice President Marvel New Media, Ryan Penagos mengacah sesuatu yang fantastik akan hadir ke Spider-Man PS4.

“Saya tak boleh beritahu lebih.. tapi anda sendiri kena nantikan. Ia akan jadi sangat hebat dan fantastik,” katanya kepada IGN. Saksikan juga pengumuman itu dalam twit di bawah.

Jadi apa yang kita tahu tentang informasi ni? Setakat ini tiada apa yang konkrit tapi mungkin Insomniac Games akan menambah satu lagi sut untuk koleksi Spider-Man. Beliau adalah ahli Fantastic Four dalam sebahagian dari spin-off  kumpulan Future Foundation.

Sebelum ini, DLC kostum untuk Spider-Man PS4 termasuk Spider-Clan dari dunia Mangaverse Marvel, Spider-UK dari Egde of Spider-Verse dan kostum dalam filem Sam Raimi.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+