Warriors of the Sky yang dibarisi adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird atau dikenali sebagai Burung Matahari yang menghunus dua keris."> Warriors of the Sky yang dibarisi adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird atau dikenali sebagai Burung Matahari yang menghunus dua keris." /> Warriors of the Sky yang dibarisi adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird atau dikenali sebagai Burung Matahari yang menghunus dua keris." />

Marvel Games Menjawab Persoalan Rekaan Burung Matahari Dalam Marvel Future Fight

Seperti korang telah tahu sebelum ini, Netmarble dan Marvel memperkenalkan barisan adiwira terbaru, Warriors of the Sky yang dibarisi adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird atau dikenali sebagai Burung Matahari yang menghunus dua keris.

Penerimaan bercampur baur

Ketika karakter ini diumumkan, penerimaan orang ramai tentang Sun Bird adalah bercampur baur. Ada orang yang menyukai dan bangga terhadap wakil Malaysia dalam permainan video Marvel tetapi ada segelintir pihak yang meluahkan rasa tidak puas juga.

Luahan ini dilontarkan oleh pelukis konsep yang menghasilkan rekaan visual karakter untuk Far Cry 4 dan Watch Dogs 2, Aadi Salman dalam satu pos Facebook yang mengkritik tentang penggunaan dua keris tidak munasabah dan tiada ciri Malaysia ditonjolkan langsung dalam Burung Matahari.

Malah, Burung Matahari mendapat olahan sendiri oleh pelukis komik tempatan Zid atau nama penuh, Mohammad Yazid yang menghasilkan karya-karya untuk Legendary Comics seperti Skull Island: The Birth of Kong, Lost in Space: Countdown to Danger dan banyak lagi. Lihat di bawah:

Rekaan untuk audiens tempatan dan antarabangsa

Dalam satu temuramah, kami bertanyakan kepada penerbit kanan Marvel Games, Danny Koo tentang komen-komen baik dan buruk tentang Burung Matahari.

Penerbit kanan Marvel Games, Danny Koo

Anak kelahiran Malaysia ini membalas, “Kesemua karakter Marvel mempunyai cerita latar belakang tersendiri yang direka oleh pasukan kreatif kami. Sebagai contoh, anda melihat Captain America (Steve Rogers) bertempur dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua tetapi dia tidak menggambarkan mana-mana orang Amerika pada masa itu.

“Setiap rekaan adalah subjektif. Ini merupakan langkah pertama Marvel untuk mengetengahkan karakter dari Malaysia. Kami sedar akan maklumbalas terhadap rekaan Burung Matahari dan akan memastikan kami dapat menghasilkan sesuatu yang sesuai untuk audiens tempatan dan antarabangsa.”

Danny tetap komited untuk membawakan barisan adiwira dengan kepelbagaian budaya. Sebelum ini, Marvel Future Fight telah memperkenalkan adiwira K-Pop, Luna Snow dan duo gadis berumur 10 tahun dan rob beruangnya, Crescent & Io.

Apa pendapat korang tentang rekaan Burung Matahari? Adakah korang suka akan Burung Matahari atau sebaliknya? Kongsikan pendapat korang bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+