Marvel Snap – Game kad bukan Pay-To-Win

Marvel Snap adalah permainan video Collectors Card Game (CCG) baharu bertemakan superhero dan penjahat dari dunia Marvel.

Permainan ini memberi lebih fokus kepada pengumpulan kad dan kosmetik sahaja.

Mekanik baru juga diberikan dan memberi fokus kepada 3 jenis lokasi atas papan yang bertukar-tukar setiap permainan.

Anda akan mempunyai 12 kad untuk berlawan dengan musuh.

Sudah semestinya karakter-karakter popular Marvel Ironman, Captain America, Thanos, X-men dan lain-lain juga ada dalam Marvel Snap.

Kad yang ada mempunyai energy cost dan power level serta kuasa mereka tersendiri.

Ada kat yang boleh naikkan power dan ada kad boleh merosakkan permainan musuh.

Hanya enam pusingan sahaja sebelum semuanya berakhir membuatkan Marvel Snap sangat pantas dan mudah untuk pelbagai umur.

Ada juga yang mempunyai gimik mereka tersendiri iaitu On Reveal, Ongoing dan Destroy.

 Kad-kad rupa terhebat

Kad mempunyai rarity mereka tersendiri dari Common ke Infinity.

Setiap kad juga akan mempunyai animasi dan efek yang berbeza.

Paling penting permainan ini percuma dan bukan pay-to-win.

Ini adalah kelebihan CCG dimana hanya kosmetik menjadi pilihan utama anda.

Anda akan mendapat semua jenis kad cuma lambat atau cepat.

Faktor Marvel juga menjadi penarik untuk peminat-peminat permaina kad dan juga yang tidak pernah bermain permainan kad.

Anda boleh muat turun permainan ini di peranti mudah alih dan PC.

RELATED NEWS

+