Marvel’s Spider-Man akan mempunyai tetapan 4K/60FPS

Insomniac Games telah menyatakan bahawa permainan video PlayStation 5 (PS5) mereka iaitu Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan mempunyai mod permainan resolusi 4K dan kadar bingkai (framerate60FPS.

Ini merupakan sebuah kenyataan yang agak menarik kerana bukan mudah untuk sebuah konsol mendapatkan prestasi permainan 60FPS pada resolusi 4K. Kebanyakan permainan video PlayStation 4 (PS4) dimainkan pada 1080p/30FPS.

Jika judul ini akan mempunyai tetapan 4K/60FPS, ini bermaksud ia juga akan mempunyai tetapan yang mementingkan kualiti grafik dan mengurangkan kadar bingkai.

Mungkin dalam tetapan yang lain, Insomniac Games akan mementingkan aspek-aspek seperti pencahayaan ray-tracing, kualiti bayang-bayang yang lebih tinggi, dan lain-lain.

Ia juga sebuah perkara yang susah untuk dicapai dalam permainan video di PC. Anda perlu membeli komponen-komponen yang sangat mahal dan berkuasa untuk membolehkan PC anda bermain pada tetapan 4K/60FPS.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+