Masalah pengurusan? akhirnya pemain Aerowolf LIMAX pindah ke Alter Ego

Organisasi e-sukan Indonesia, Alter Ego Esports mengumumkan roster baharu buat divisi PUBG Mobile milik mereka.

Dalam pengumuman ringkas di Instagram semalam, Alter Ego mengalu-alukan kehadiran enam pemain ini yang juga bekas pemain Aerowolf LIMAX.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Difahamkan, organisasi e-sukan Aerowolf dikaitkan dengan khabar angin yang mereka tidak bayar wang kemenangan dari beberapa kejohanan PUBG Mobile disertai pemain mereka.

Ini berikutan pengumuman yang Aerowolf Limax gagal ke grand final liga DGL 2021. Malah, sebelum itu pasukan ini dilarang dari bertanding dalam liga PUBGM di seluruh dunia sehingga 31 Disember 2021 kerana dikaitkan dengan masalah pengurusan Aerowolf.

Isu itu menyebabkan organisasi itu mengalami kerugian kewangan bagi menguruskan pemain-pemain Limax.

Semoga kali ini pemain LIMAX dapat terus bertanding dengan gah di skuad baru mereka dan mendapat hak kebajikan yang adil.

RELATED NEWS

+