Masalah teknikal punca acara berkumpulan PUBG Mobile sukan SEA 2021 ditangguhkan

Menerusi hantaran akaun rasmi Instagram PUBG Mobile Malaysia, disebabkan masalah pelarasan teknikal, siaran langsung yang sepatutnya disiarkan semalam ditangguhkan kepada hari ini.

Acara berkumpulan PUBG Mobile sukan SEA 2021 itu dijadualkan untuk bersiaran langsung pada pukul 4 petang semalam tetapi sehingga pukul 6 petang masih belum tersedia oleh pihak penganjur. 

Sudah tentu, perubahan ini akan menjejaskan jadual perlawanan.

Pemain juga harus bersedia, kerana kini jurang antara kelayakan (qualifier) ​​dan pusingan akhir berkemungkinan tidak lama seperti sebelum ini.

Sebelum ini, pusingan kelayakan sepatutnya diadakan semalam.

Manakala, pusingan akhir akan diadakan selama tiga hari bermula 20-22 Mei ini.

Walau bagaimanapun, para peminat PUBG Mobile tanah air boleh terus memberi sokongan buat dua pasukan Malaysia di sukan SEA Hanoi yang akan memulakan perjuangan mereka pada hari ini hingga 22 Mei ini.

Siaran langsung boleh ditonton di Youtube PUBG Mobile Esports bermula jam 4 petang ini.

Semoga berjaya Geek Fam dan Tabah NSEA!

Gambar: Facebook PUBG Mobile MY

 

RELATED NEWS

+