Masih ada peluang buat D4v4i dan Paper Rex

Kehangatan VCT Masters, Berlin masih lagi dirasai bagi peminat e-sukan dengan hari ini sudah masuk hari keempat kejohanan.

Namun, dengan perlawanan yang sangat sengit, pasukan Paper Rex yang diwakili oleh pemain Malaysia, Khalish Rusyaidee (D4v4i) pada perlawanan mereka yang pertama terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Korea, Vision Strikers.

Lineup penuh Paper Rex: 

  • Aaron Leonhart (Mindfreak)
  • Jason Susanto (f0rsaken)
  • Benedict Tan (Benkai)
  • Khalish Rusyaidee (D4v4i)
  • Zhan Teng Toh (shiba)

Vision Strikers menewaskan pasukan Paper Rex dengan skor 2-0 pada perlawanan Sabtu lalu.

Sepanjang dua perlawanan itu, Jason ‘f0rsaken’ Susanto mempamerkan permainan yang cukup baik dengan berjaya memperolehi kill terbanyak dengan 21 kills di Haven dan 27 kills di Icebox. Secara tidak langsung, dia menjadi pemain yang cukup digeruni di daripada Paper Rex.

Perlawanan di Haven cukup mencabar buat Paper Rex sebagai Defenders, tetapi mereka berjaya memberikan persaingan yang baik kepada Vision Strikers sebagai Attackers. Perlawanan berakhir dengan Vision Strikers memperoleh kemenangan 13-9.

Perlawanan kedua di Icebox, Paper Rex memulakan perlawanan dengan baik sebagai Attackers sebelum Vision Strikers berjaya memperoleh tempo serangan apabila mereka bertukar peranan. Perlawanan kedua Paper Rex terpaksa akur dengan kekalahan 13-11.

Meskipun ini adalah kejohanan LAN sulung bagi Paper Rex, mereka sudah mempamerkan bakat dan kebolehan terbaik mereka di pentas VCT Master Berlin. 

Perlawanan seterusnya bagi Paper Rex ialah mereka akan menentang SuperMassive Blaze pada 15 September ini pada jam 9.00 malam waktu Malaysia. 

Anda boleh saksikan perlawanan VCT Master Berlin di saluran Twitch VALORANT.

Sumber rujukan: DotEsport, VALORANT Esports

RELATED NEWS

+