“Masih banyak yang mereka perlu pelajari dan berlatih semula,” – Ikuto

Todak tak dinafikan menjadi pasukan tumpuan pada Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan selepas menunjukkan prestasi mantap di kejohanan dunia, M3 tahun lalu.

Namun, pengumuman mengejut Danial Fuad (Ciku) yang memilih untuk rehat menunjukkan Todak perlu fokus pada Ajiq.

Pun begitu, minggu pertama MPL MY S9 tidak berlalu dengan begitu baik buat pasukan ini. Mereka tewas 0-2 di tangan RSG MY dan berlawan sengit dengan Red Esports namun tertewas 1-2.

Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman berkata, memang benar prestasi tidak seperti yang peminat harapkan.

“Todak sering dikaitkan dengan salah satu pasukan yang patut diperhatikan terutamanya selepas M3, jadi dengan jangkaan yang tinggi dari semua, saya ingin memohon maaf di atas kekalahan kami baru-baru ini.

“Masih banyak yang mereka perlu pelajari dan berlatih semula sebelum mereka benar-benar bersedia di MPL.

“Di samping itu juga lebih dari kemenangan di peringkat kumpulan MPL, saya hanya ingin melihat ‘anak-anak’ saya sembuh semula, sihat dari demam, sihat dari covid 19 yang sedang melanda pasukan kami,” katanya.

Ikuto juga memohon memohon agar semua dapat mendoakan kesihatan pemain-pemain Todak dan memberikan kata-kata kepada semangat mereka, agar mereka mampu bangkit semula.

Terdahulu, tiga pemain Todak dilaporkan positif COVID-19 dan kesemua pemain mereka perlu kuarantin di rumah dan tidak bertanding di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Dalam siaran langsung juga dilihatkan pemain Todak seperti tidak sihat dan memakai koyok. 

RELATED NEWS

+