Mass Effect 5: Bioware dilaporkan akan kembali guna Unreal Engine

Pembangun Bioware dilaporkan berfikir untuk beralih semula ke Unreal Engine bagi permainan Mass Effect yang seterusnya, meninggalkan Frostbite Engine oleh EA. 

Dilaporkan oleh GamesBeat, penerbit siri EA baru-baru ini menerbitkan senarai di dalam laman sesawang mereka, pengarah teknikal yang akan bekerja untuk francais Mass Effect. Dengan pelbagai keperluan yang diperlukan, kelihatan dengan pengalaman Unreal Engine 4 (dan lebih) menjadi calon paling sesuai. 

Namun, ini masih belum disahkan jika pembangun akan benar-benar meninggalkan Frostbite engine daripada EA yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan Mass Effect: Andromeda. 

Tiga entri Mass Effect yang pertama dibina menggunakan Unreal Engine 3. Studio itu kemudiannya beralih daripada Unreal Engine ke Frostbite selepas Epic Games mula melesenkan Unreal Engine. 

Mass Effect Andromeda, memperoleh pelbagai review dan kebanyakkannya menyatakan ia kurang memuaskan berbanding siri sebelumnya. Selain, terdapat animasi yang menjangkalkan dan pepijat pada visual. 

Mass Effect 5 sebelum ini diumumkan pada Disember lalu di The Games Awards. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+