MasterRamen Dilantik Sebagai Pengurus E-Sukan Ke Sukan SEA 2019

Di atas kapasitinya yang sudah lama dalam industri e-sukan, Firdaus Hashim atau Master Ramen kini dipilih sebagai pengurus e-sukan bagi kontinjen negara yang akan ke Sukan SEA 2019 pada November ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi posting di laman Facebook Esports Malaysia.

Selain membimbing dan menguruskan pasukan ini, MasterRamen yang juga Pengarah Mineski Events Team (MET) bertanggungjawab untuk memperkenalkan budaya dan larangan di negara acara (Filipina) yang mana mungkin atlet e-sukan negara tidak mempunyai pengetahuan jelas tentangnya. 

Beliau juga akan memberikan motivasi kepada atlet e-sukan untuk memenangi pingat buat negara selain mempamerkan prestasi memuaskan sepanjang temasya tersebut berlangsung.

Berita lanjut akan menyusul..

Gambar featured image: FB Page MasterRamen

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+