MasterRamen dimasukkan ke ICU HKL akibat serangan jantung, keadaan makin stabil

Digelar sebagai “Bapa E-Sukan Negara”, MasterRamen atau Firdaus Hashim tidak asing lagi sebagai antara personaliti besar e-sukan tanah air.

Hari ini, beliau dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Beliau juga membuat pengumuman mengenai perkara ini di Facebook.

“Saya minta maaf kepada semua kalau ada salah dan silap. Saya kini berada di ICU HKL akibat serangan jantung,” tulisnya.

MasterRamen juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar beliau semakin stabil.

Dalam perkembangan terkini, MasterRamen memaklumkan serangan jantung itu berjaya dikurangkan dan keadaannya makin stabil.

Kini beliau berada di Gleneagle KL bagi rawatan lanjut. Beliau juga mengharapkan semuanya selamat dan ramai orang mendoakannya.

Semoga cepat sembuh MasterRamen.

RELATED NEWS

+