MasterRamen dipilih sebagai wakil Malaysia untuk PUBGM Global Extreme Challenge

Tencent Games telah mengumumkan bahawa mereka telah memulakan proses untuk mencari peserta yang bakal muncul dalam acara PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile yang seterusnya iaitu Global Extreme Challenge.

Hanya pempengaruh yang telah dipilih oleh syarikat tersebut diberikan peluang untuk menyertai acara ini. Untuk negara Malaysia, Tencent Games telah memilih tokoh e-sukan dan streamer terkenal MasterRamen.

Para penyokong MasterRamen boleh mengundi MasterRamen untuk layak menyertai Global Ultimate Team dengan menyumbangkan bunga kepadanya dalam PUBG Mobile. Tempoh pemilihan ini akan berakhir pada 6 Julai ini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengundi:

  1. Log masuk PUBG Mobile dan lihat sudut acara (bahagian bawah kanan skrin).
  2. Tekan ikon hadiah dan pilih Recommended Events.
  3. Pilih Ultimate Team Selection.
  4. Masuk laman flower shop.
  5. Selesaikan daily missions atau beli bunga.
  6. Sumbangkan bunga mawar kepada pempengaruh yang anda minat.

Setiap bunga mawar menyumbangkan 20 markah kepada pempengaruh yang menerimanya. Pemain yang memberikan sumbangan juga akan mendapat ganjaran dalam bentuk heart. 10 pemain (global) yang mempunyai jumlah heart tertinggi akan mendapat pek ganjaran eksklusif.

Jom kita mengundi!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+