WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!"> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" /> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" />

MASTRA – MOBA Nusantara dari Todak Studios | Pra-daftar dibuka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!


Todak Studios kini akan memperkenalkan permainan mudah alih genre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mereka sendiri iaitu MASTRA.

Ia kini dalam fasa beta dan sedang menunggu fasa beta terbuka tidak lama lagi.

Permainan ini akan membawa anda ke dunia mitos Nusantara pada zaman abad ke-7 dimana terdapat kuasa elemental, pahlawan purba, dan makhluk berkuasa digelar Sakka yang boleh membentuk daratan.

Foto: Gamer Braves

Permainan ini juga mengambil penceritaan dari serata benua Asia Tenggara.

MASTRA mempunyai beberapa Champion berbeza skill dan keunikan yang juga mengikut penceritaan mereka dari Asia Tenggara.

Setiap Champion akan mempunyai Recall, Recovery dan Artifact yang boleh dipilih sebagai skill tambahan (seperti Flash, Smite, dan sebagainya.)

Foto: Todak Studios

Sedikit berbeza dengan MOBA yang lain, peta MASTRA adalah melintang dan mempunyai dua lane besar atas dan bawah dengan Gate (Tower) tambahan.

Foto: GamerSantai

Bahagian tengah peta pula adalah untuk Jungle yang mempunyai monster Damage Buff (Red Buff), Chakra Buff (Blue Buff), dan Sentry.

Anda sebagai pemain perlu menghancurkan Gate (Tower) dan Mantra Core musuh untuk menang.

Di bahagian tengah peta pula mempunyai Antaboga iaitu satu dewa Jawa Naga Ular dari Jawa dan Sunda.

Mastra, MOBA Baharu Todak Diperkenalkan di LEVEL UP PLAY 2024

Foto: GamerSantai

Permainan ini dibuat untuk menarik minat para gamers di Asia Tenggara.

Pelan masa hadapan termasuk kolaborasi juga akan dibuat dengan pelbagai syarikat dan organisasi Asia Tenggara.

Anda kini boleh pra-daftar MASTRA di laman rasmi mereka.

RELATED NEWS

+