“Masuk PMPL SEA pada awalnya sebab nak have fun,” – Logan (The Infinity)

Tiada siapa sangka pasukan Thailand, The Infinity yang pertama kali membuat kemunculan di PMPL SEA kini bergelar juara pada musim ketiga, semalam.

Di peringkat liga negara mereka, The Infinity hanya meraih kedudukan ketiga, di belakang FaZe Clan dan Valdus. Di PMPL SEA Finals semalam, mereka berhasil mendapatkan 239 mata dan layak mendapat slot musim keempat secara terus.

Menurut laporan ONE Esports, pemain-pemain pasukan ini nyata tidak terjangka dengan kemenangan ini kerana niat asalnya adalah untuk bersuka-ria sahaja. 

“Jangkaan kami saat kali pertama bermain di kejohanan ini adalah untuk have fun. Selalu bersuka-ria dan bermain untuk nikmati keseronokan,” kata Logan, salah seorang pemain The Infinity dalam satu temubual bersama hos Thailand, Pat “PartyPat” Srisa-an.

Tambahnya lagi, salah satu tujuan utama adalah memenangi kejohana ini dan berusaha sebaik mungkin.  Katanya, dengan meraih tempat ketiga di PMPL Thai menambahkan keyakinan ini.

The Infinity nyata memberi kejutan kepada pasukan lain terutamanya skuad senegara, Aura yang pada mulanya konsisten sebelum dipintas pada hari terakhir kejohanan.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+