Mati tapi boleh hidup balik dalam PUBG?

PUBG PC kini melancarkan gameplay yang diadaptasi dari salah satu elemen permainan Call of Duty: Warzone iaitu keupayaan untuk hidup kembali bagi mendapatkan peluang kedua chicken dinner.

Dilancarkan di dalam kemaskini 12.2 patch notes, ciri permainan ini dikenali sebagai Comeback BR dan akan dikhaskan kepada peta terbaru mereka 8×8 yang dikenali sebagai Taego sahaja.

Fungsi ini hanya akan dapat digunakan oleh mereka yang telah mati di awal zon biru. Saat pemain mati, mereka akan ditempatkan di dalam Comeback Arena. Ianya mempunyai ciri yang sama seperti Warzone’s Gulag, mereka harus bertahan selama yang mungkin untuk dibawa kembali menggunakan helikopter pada fasa ketiga.

Comeback Arena terpisah dari pertarungan utama. Meskipun tidak mempunyai sebarang kill seperti mod 1 lawan 1 Call of Duty: Warzone, mereka masih berpeluang untuk diselamatkan dengan mengumpul loot dan senjata sahaja.

Akhir kata, salah seorang ahli pasukan haruslah hidup di dalam peta bagi membawa kembali ahli pasukan lain yang terperangkap di dalam Comeback Arena. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.

RELATED NEWS

+